Polis Nafi Dakwaan Remaja Koma Dipukul Polis - Berita Jenayah | mStar

Polis Nafi Dakwaan Remaja Koma Dipukul Polis

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 12:03 AM

Sharifuddin Ab Ghani.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani menafikan dakwaan seorang remaja mengalami kecederaan parah sehingga koma selepas ditahan polis, Sabtu lepas.

Beliau menjelaskan gambar suspek berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh dengan kesan kecederaan leher dan kaki seperti yang tersebar di laman sosial juga tidak benar kerana suspek berada di lokap dalam keadaan baik.

"Kecederaan di kepala dan kaki adalah luka lama disebabkan kemalangan pada 3 April tahun lepas dan terdapat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.

"Dalam laporan tangkapan terbaharu pada 1 April lalu, telah dinyatakan tindakan suspek yang agresif semasa ditahan menyebabkan kecederaan lama berulang setelah berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan di sini malam Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar dan berita yang tersebar di laman sosial kononnya seorang remaja cedera teruk di kaki, urat saraf leher dan kepala tidak sampai 24 jam selepas ditahan di lokap IPD Bera.

Gambar dan berita itu dipercayai dimuat naik oleh keluarga suspek yang turut mendakwa polis menggunakan kuasa mengeluarkan suspek dari wad dalam keadaan cedera parah.

Menurutnya selepas ditahan, polis telah membawa suspek ke klinik kesihatan sebelum dirujuk ke HOSHAH dan diberikan rawatan semalaman dan dibenarkan keluar pada keesokannya.

"Suspek dibenarkan keluar oleh doktor yang bertugas atas dasar suspek tidak mengalami patah tulang, besi pada paha (kecederaan lama) tidak terganggu, selain sokongan leher dipasang bagi mengurangkan rasa sakit pada leher," katanya.

Sharifuddin berkata polis juga telah menghubungi kakak suspek yang berada di Kedah pada hari kejadian berhubung penahanannya, sekali gus menafikan dakwaan polis tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Polis katanya sentiasa memandang serius tohmahan yang dibuat untuk mencemarkan imej baik pasukan itu terutama menerusi laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Mereka yang didapati sengaja berbuat demikian boleh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pukul remaja , koma , Sharifuddin Ab Ghani , PDRM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan