Feri Langkawi Terbakar Di Jeti

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Sebuah feri penumpang yang sedang dibaiki dan berlabuh di jeti berdekatan Pekan Rabu terbakar, pagi Selasa.

Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Lim berkata, kebakaran itu berlaku di bahagian tengah feri berkenaan dan dek penumpang pada kira-kira pukul 10.15 pagi.

"Kru feri itu cuba memadamkan kebakaran sebelum anggota bomba tiba," katanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Pegawai Bomba Tinggi Mohamad Zabidi Che Teh berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.18 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 10.26 pagi.

Menurutnya, 18 anggota bersama tiga jentera termasuk sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian dan api dipadam sepenuhnya pada 11.05 pagi.

"Tiada penumpang di dalam feri itu ketika kejadian.

"Kira-kira 30 peratus daripada feri itu terbakar membabitkan kerusi penumpang bahagian tengah feri dan bilik jurumudi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.




Tags / Kata Kunci: Pekan Rabu , Langkawi , feri

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan