Tujuh Lelaki Dalam Bot Kumpit Ditahan Langgar Perintah Berkurung

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot kumpit bersama tujuh lelaki dari Filipina kerana melanggar perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada Ahad.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madon berkata lelaki berusia antara 33 dan 52 tahun ditahan pada pukul 7.07 malam dalam Op Paradise di kawasan perairan Kampung Wakuba selepas didapati berada di kawasan larangan.

"Bot kumpit itu berlepas dari pelabuhan Tawau untuk balik ke negara mereka (Filipina)," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Katanya juragan bot itu gagal menunjukan permit polis untuk berada di kawasan perintah berkurung pada waktu dan tempat berkenaan.

Perintah berkurung di ESSZone mulaim 7 malam hingga 5 pagi berkuat kuasa sehingga 17 April ini membabitkan jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ESSZone , perintah berkurung

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan