Wira Highland Towers Maut Kemalangan Motosikal

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 2:15 PM

Yogaraja Nadaraja.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat dalam operasi menyelamat tragedi runtuhan Highland Towers pada 1993 terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Ahad.

Pegawai kanan JBPM, Yogaraja Nadaraja dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kinrara, Puchong (persimpangan lampu isyarat menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya).

Laporan awal mendapati motosikal yang ditunggang Yogaraja terbabas lalu merempuh pembahagi jalan kira-kira pukul 2 pagi.

Dalam satu status di laman Twitter @bombaJBPM, jabatan itu mengumumkan mengenai berita kematian Yogaraja yang berkhidmat bersama Unit K9 dan pernah bertugas di JBPM Kuala Lumpur.

"Mayatnya kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Upacara pengembumian akan diumumkan kemudian.

"Jabatan ini mengucapkan takziah di atas pemergian beliau. Semoga ahli keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini," menurut posting itu.

Yogaraja merupakan salah seorang anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi Highland Towers kira-kira 23 tahun lalu.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan