Seleweng Pinjaman Mara, Lima Ahli Perniagaan Direman

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 1:55 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lima ahli perniagaan direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.5 juta.

Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab.Rahman di Mahkamah Majistret di sini selepas mereka dibawa ke mahkamah pada 9.55 pagi.

Kesemua lelaki berumur antara 38 dan 48 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 9 malam semalam di sekitar Lembah Klang.

Jurucakap SPRM berkata modus operandi sindiket yang dipercayai 'didalangi' pegawai Mara Daerah Klang, Selangor itu adalah dengan memalsukan dokumen permohonan bagi mendapatkan pinjaman perniagaan sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.

Beliau berkata pembiayaan yang dipohon sindiket membabitkan sembilan syarikat yang dipercayai aktif sejak 2013 itu adalah bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000.

Bersama penahanan itu, SPRM turut menyita sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, katanya.

Dalam kes berasingan, tiga kontraktor syarikat penganjuran acara dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 59 tahun itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas siasatan SPRM terhadapnya selesai.

Sehingga kini, SPRM menahan 10 individu berhubung kes tersebut, dan lapan  daripadanya telah dibebaskan secara berperingkat sebelum ini, manakala dua lagi suspek termasuk pegawai Kementerian Belia dan Sukan masih dalam tahanan reman.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu disyaki mendalangi sindiket penyelewengan dana kerajaan tersebut kira-kira enam tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan kerugian RM107 juta.

Tags / Kata Kunci: pinjaman Mara , SPRM , seleweng dana

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan