Budak Lelaki Sembilan Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 20

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 20, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara, di sini Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Chen Jing Wei murid darjah tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata ketika kejadian, hanya kakak dan abang mangsa yang berusia 17 dan 16 tahun berada di rumah manakala ibu bapa mereka bekerja.

"Menurut kakaknya, mangsa dipercayai terjatuh selepas memijak kompresor penghawa dingin yang diletakkkan di balkoni berkenaan untuk melihat sama ada ibubapanya sudah pulang dari kerja atau tidak di balkoni berkenaan," katanya di sini pada Rabu.  

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat, katanya.

Mohd Zani mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Usaha wartawan untuk menemu bual ibu bapa mangsa di hospital berkenaan tidak berjaya berikutan mereka masih dalam keadaan trauma. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Jatuh Tingkat 20 , Sembilan Tahun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan