Suami Lemas Ketika Mandi Bersama Isteri - Berita Jenayah | mStar

Suami Lemas Ketika Mandi Bersama Isteri

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki dilapor lemas ketika mandi bersama isteri dan kawan-kawannya di sungai Kampung Perian, Pulau Tawar, Jerantut pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Aiman Syafiq Norsiddin, 18, dari Felda Kesidang Jengka 8,  Bandar Pusat Jengka.

"Mangsa bersama isteri dan beberapa orang lagi rakannya telah pergi ke sungai berkenaan untuk mandi kira-kira pukul 6.30 petang. Mangsa tiba-tiba lemas dan cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya, namun gagal," katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan kira-kira 80 meter dari tempat mangsa mandi.

Mangsa disahkan meninggal di Hospital Jerantut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan