Penunggang Motosikal Terjatuh Jambatan Pulau Pinang Akibat Dirempuh Lori

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang selepas motosikalnya dilanggar lori pagi Selasa.

Namun Mohd Ashraff Mohd Fauzi, 28, yang turut patah kaki kiri diselamatkan  nelayan yang menangkap ikan di kawasan itu dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Komander Operasi Balai Bomba Jalan Perak, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Asri Abd Wahab berkata dalam kejadian pukul 9 pagi ini, motosikal lelaki berkenaan terbabas setelah dirempuh lori berkenaan.

Lelaki berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Perai.

Pemandu lori terbabit dilapor tidak memberhenti lorinya selepas kejadian dan gagal dikesan sehingga kini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan