Abu Sayyaf Rampas Bot Dekat Sempadan Malaysia, Culik 10 Anak Kapal Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Sepuluh anak kapal Indonesia di atas sebuah kapal tunda telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Filipina hujung minggu lalu, menurut pegawai-pegawai di Manila.

Dua pegawai tentera Filipina berkata kumpulan militan itu telah menuntut sejumlah wang tebusan yang tidak didedahkan daripada pemilik bot.

Pegawai-pegawai itu enggan dikenali kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Anak-anak kapal itu sedang mengendalikan kapal tunda Taiwan milik persendirian yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Manila apabila ia dirampas dekat sempadan Malaysia.

Anak-anak kapal berjaya untuk menghubungi majikan mereka untuk memberitahu tentang rampasan, tetapi lokasi sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Pegawai Indonesia berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu, tanpa mengulas lanjut.

Abu Sayyaf terkenal dengan penculikan, memenggal kepala, pengeboman dan peras ugut.
Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , sempadan Malaysia , rampas bot

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan