Kanak-Kanak Mati Lemas Ketika Mandi Kolam

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kegembiraan tiga kanak-kanak menghabiskan cuti hujung minggu di Rantau Eco Park di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas petang Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kesemua mereka yang berusia lima tahun dikatakan tergelincir ke dalam kolam untuk orang dewasa sebelum disedari lemas oleh orang ramai.

Seorang saksi kejadian Mohd Noor Azmi Ariff, 30, berkata beliau sedang menjaga dua orang anaknya yang sedang mandi di kolam itu sebelum beliau terdengar jeritan orang ramai bahawa terdapat kanak-kanak lemas.

"Saya segera ke kawasan berkenaan bagi memberi bantuan dan saya dapati  seorang daripada mangsa kelihatan tidak bermaya dan saya terus membawanya ke klinik berhampiran sebelum ketiga-tiga mereka dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar.

"Mereka masih bernyawa sewaktu tiba di hospital kecuali kanak-kanak yang saya pangku yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan dimasukkan ke zon merah hospital. Manakala dua lagi yang dikatakan sepupu kanak-kanak itu, seorang daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi manakla seorang lagi ke wad biasa," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mayat mangsa sudah dituntut anggota keluarganya selepas proses bedah siasat selesai dilakukan tengah malam tadi.

Katanya bapa mangsa merupakan anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sungai Udang, Melaka.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan