Kerajaan P.Pinang Mahu Polis Siasat Penganjuran Perhimpunan Di Taman Manggis

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mahu polis menjalankan siasatan terhadap Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, beberapa pemimpin MCA, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (myPPP) kerana didakwa menganjurkan perhimpunan di Taman Manggis, Jalan Burmah di sini Jumaat lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Delima, RSN Rayer berkata beliau, yang mewakili kerajaan negeri, membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pihak tersebut.

"Pada perhimpunan itu, ada pihak tertentu buat kenyataan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng merampas hak dan peluang orang miskin di Pulau Pinang dan tidak meneruskan projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis.

"Kami mohon polis siasat perkara ini di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Jumaat lepas kira-kira 500 anggota Barisan Nasional (BN) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di Taman Manggis, mendesak Lim membina PPR atau melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.

Isu tanah di Taman Manggis bermula apabila ia dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, yang turut mendakwa ia mempunyai kaitan dengan pembelian banglo oleh ketua menteri pada kadar harga di bawah nilai pasaran semasa.

Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Jefri Salim hari ini turut membuat laporan di balai polis yang sama bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown yang dibeli Lim, Phang Li Koon.

Jefri mendakwa Phang sanggup kerugian lebih RM6,000 ketika menyewakan banglo berkenaan kepada Lim dan kemudian sanggup menanggung kerugian lagi apabila menjualnya di bawah nilai pasaran semasa.

"Didapati beliau (Phang) sewakan banglo itu sebelum ini dengan harga RM5,000 sebulan, tapi kita dapati beliau sendiri bayar ansuran bank RM11,000 lebih sebulan untuk rumah itu.

"Di sini kita lihat Phang alami kerugian lebih RM6,000 sebulan, jadi kita minta polis siasat, Phang sebelum ini kata tidak ada kepentingan dengan kerajaan negeri tapi kenapa sanggup alami kerugian kalau tiada kepentingan?," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan