Lelaki Meninggal Selepas Ujian Lesen Motosikal

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

LARUT: Seorang lelaki meninggal dunia selepas menduduki ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau dekat sini tengah hari Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa, Zulkiply Saidin, 52, dari Kampung Pulau Damar, Sungai Ara, Batu Kurau menjalani ujian tersebut pada pukul 8 pagi. 

"Setelah selesai keseluruhan ujian mangsa pergi ke kantin sekolah kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan memberitahu rakannya beliau pening. 

"Beberapa minit selepas itu mangsa rebah dan terbaring di atas bangku kantin sekolah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Harrith Kam berkata, bedah siasat di Hospital Taiping, mengesahkan Zulkiply yang masih bujang meninggal akibat masalah jantung. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan