Dua Pelajar Tahun Empat Ditemui Lemas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua murid tahun empat ditemui lemas di Sungai Kampung Pulau Rusa, di sini, petang Jumaat.

Mayat Mohammad Nor Iman Mamat dan Muhammad Aiman Muqriz Abdullah ditemui kira-kira pukul 5 petang tadi oleh penduduk kampung.

Kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan Durian Burung itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kehilangan kedua sahabat itu disedari penduduk selepas terlihat dua buah basikal di tepi sungai itu. 

Curiga dengan keadaan itu, beberapa penduduk kampung menyelam ke dalam sungai sebelum menemui mayat kedua-dua mangsa. 

Difahamkan ketika mangsa sedang menyeberangi sungai berkenaan air mula pasang menyebabkan kedua-duanya gagal menyelamatkan diri.

Menurut nenek Mohammad Nor Iman, Siti Fatimah Mohd,64, beliau hanya menyedari kejadian yang menimpa cucunya itu kira-kira pukul 7.30 malam selepas dimaklumkan ibu saudara mangsa yang sebelum itu menerima maklumat daripada pihak lain menerusi kiriman WhatsApp dan laman sosial Facebook.

"Sebelum itu cucu saya ada meminta memasak nasi bersama daging masak merah untuk hidangan tengah hari tapi mak cik kata nanti petang sikit baru masak.

"Sehingga Maghrib mak cik tunggu dia balik ke rumah untuk makan namun tidak balik...sehinggalah mak ciknya menelefon memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sahabat itu dibawa ke HSNZ untuk siasatan lanjut. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan