Polis Thai Tumpas Kumpulan Seludup Dadah Dengan Keretapi Dari Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 3:35 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sekumpulan 15 rakyat Malaysia telah ditangkap di Thailand kerana cuba menyeludup heroin dan methamphetamine bernilai jutaan dolar dengan keretapi, kata polis, Khamis.

Penyiasat berkata kumpulan itu membawa masuk dadah dari utara Thailand ke Butterworth di Malaysia.

"Kumpulan ini memilih untuk mengangkut dadah dengan keretapi, bukannya dengan kereta kerana mengangkut dengan kereta adalah lebih berisiko kerana terdapat beberapa pusat pemeriksaan," kata Komander Biro Siasatan Pusat Thailand, Leftenan Jeneral Thitirat Nhongharnpitak kepada pemberita.

Polis kereta api membuat tangkapan awal pada petang Rabu berikutan maklumat orang ramai, dengan menahan dua suspek didakwa memiliki 23 kilogram methamphetamine.

Penahanan mereka membawa kepada serbuan berikutnya di laluan kereta api di antara Thailand dan Malaysia, dengan 12 lagi suspek ditangkap. Sebanyak 226 kilogram methamphetamine dan lapan kilogram heroin dirampas, kata polis.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada lelaki Melayu dan Cina, menurut senarai yang disediakan oleh polis Thai.

Thailand adalah pengeluar dan pusat transit utama dadah.

Tags / Kata Kunci: seludup dadah , methamphetamine , heroin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan