162 Ditahan Terlibat Elemen Kumpulan Pengganas Daesh - KDN

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 2:49 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 162 orang yang terlibat dengan elemen kumpulan pengganas Daesh ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat 14  Mac lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan bagaimanapun KDN tidak berhasrat mendedahkan secara terperinci maklumat tersebut agar tidak mengganggu siasatan polis.

Daripada jumlah yang ditahan itu lima adalah warga Sabah, menurut kementerian bagi menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) tentang jumlah individu ditahan pihak berkuasa akibat penglibatan dalam aktiviti militan Daesh khususnya di Sabah.

Berhubung soalan tentang jumlah dana asing yang disalur kepada kumpulan itu dan dirampas pihak berkuasa, katanya sehingga kini tiada dana asing yang masuk ke negara disabitkan dengan keganasan domestik atau luar negara.

Menurutnya kerajaan amat komited memerangi aktiviti militan di negara ini dengan melaksanakan beberapa tindakan.


Katanya antara tindakan itu adalah mengadakan perkongsian maklumat dengan agensi perisikan luar negara khususnya negara anggota ASEAN, menyenarai hitam individu yang disyaki terlibat dalam kumpulan itu dan memasukkan nama mereka ke dalam Senarai Syak bagi menyekat pergerakan mereka di pintu keluar dan masuk negara.

"Selain itu, kerajaan sedang dalam usaha melaksanakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) ke atas pelancong yang memasuki negara ini sebelum berlepas dari negara asal bagi memastikan setiap warganegara asing ditapis dengan lebih awal dan terperinci," kata kementerian.

Menurut KDN, kerajaan juga menahan mereka yang terlibat kumpulan militan mengikut undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).


Tags / Kata Kunci: pengganas , militan , Daesh , KDN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan