Tindakan Terhadap Individu Lakukan Pembakaran - Jabatan Perhutanan Perak

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 3:20 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap individu yang melakukan kegiatan pembakaran serta pencerobohan secara haram di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) negeri Perak Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata tindakan perlu diambil bagi mengekang kegiatan berkenaan daripada berleluasa sehingga boleh memusnahkan khazanah sumber hutan di negeri ini.

Beliau berkata individu yang didapati terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun.

"Kedua-dua kegiatan ini berlaku adalah disebabkan individu yang ingin memulakan aktiviti pertanian secara haram. Oleh yang demikian, Jabatan Perhutanan Perak sentiasa melakukan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga kerana ia boleh mengundang kebakaran hutan yang serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan anak pokok karas kepada pengguna lebuh raya anjuran Jabatan Perhutanan Perak dengan kerjasama Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Hizamri berkata pihaknya meminta kerjasama semua lapisan masyarakat untuk melaporkan kepada mana-mana pejabat jabatan itu yang berhampiran jika terdapat sebarang kejadian pencerobohan atau kebakaran hutan. 

Dalam pada itu, beliau berkata pada masa kini, Perak mempunyai kawasan hutan simpan kekal seluas 999,488,29 hektar atau 47.54 peratus daripada keluasan negeri ini.

"Jumlah ini meletakkan Perak sebagai negeri yang mempunyai litupan hutan simpan kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia berdasarkan perbandingan keluasan negeri.

"Selain itu, Jabatan Perhutanan Perak mengambil peranan melindungi sumber air sungai yang menjadi punca bekalan air mentah dengan mewartakan seluas 159,866 hektar hutan tadahan air dalam hutan simpanan kekal di negeri ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 500 anak pokok karas atau nama saintifiknya 'aquilaria malaccensis' telah diagihkan kepada pengguna lebuh raya yang melalui plaza tol berkenaan bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2016.

Program tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menanam anak pokok di halaman rumah sendiri bagi menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar dan menghargai pokok yang ditanam itu. -- Bernama


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan