Dua Lagi Ditahan Berhubung Kes Baling Molotov Cocktail Di Bangi

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 11:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes membaling 'molotov cocktail' di kediaman seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dengan penahanan berkenaan menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes itu sehingga kini seramai lima orang.

"Tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun pada 11.45 malam di Sungai Long, Kajang.

"Sementara seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun diberkas di Taman Tasik Ria, Kajang pada 12.45 tengah malam tadi...ini menjadikan keseluruhan lima tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Mohd Adnan berkata mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Dalam insiden kira-kira 6.30 pagi Khamis lepas, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar dari rumahnya untuk ke pejabat dan menemukan tiga 'molotov cocktail', dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumah.

Turut ditemukan tujuh butir peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada kereta mangsa.

Susulan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas pada Jumaat bagi mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Pada Jumaat petang, polis memberkas tiga lelaki berusia 30-an di Semenyih berhubung kes itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan