Bayi Maut Selepas Kereta Dipandu Ibu Bertembung Kereta Polis

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas kereta yang dipandu ibunya bertembung dengan sebuah kereta peronda polis di Jalan Simpang Kenyum, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, Muhammad Uzair Jauhar Abd Shahadad, yang cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia pada pukul 3.10 petang ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata ibu mangsa, Salihah Sulaiman, 30, patah kaki kanan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurutnya pemandu kereta peronda polis, Sarjan Nazri Zainal Abidin, 54, mengalami kecederaan di bahagian dada, manakala Koperal Azimi Md Isa, 50, yang duduk di kerusi sebelah pemandu hanya cedera ringan.

Katanya ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh Salihah, dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Matsirat, dipercayai  telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta peronda itu.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan