Cuaca Panas: 30 Kebakaran Hutan Direkodkan Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Sebanyak 30 kes membabitkan kebakaran hutan di Kelantan direkodkan sejak Januari hingga 15 Mac lepas akibat cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman berkata berdasarkan bilangan kes yang direkodkan itu, pihaknya memberi lebih tumpuan kepada kebakaran hutan di tanah gambut yang mana proses untuk memadamkan kebakaran mengambil masa lama antara dua dan tiga hari.

"Kawasan terbabit antaranya di Beris Lalang, Bachok yang melibatkan kebakaran seluas 67 hektar dan di kawasan hutan sepanjang jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang yang lazim berlaku kebakaran apabila tiba musim kemarau," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, Isnin.

Azmi berkata, kebakaran di Beris Lalang itu jika tidak dipadamkan segera akan menular ke kawasan kebun getah dan sawit sekaligus menjejaskan pendapatan petani.

"Selain terdapat kawasan tanaman, di sana (Beris Lalang) juga ada kawasan chalet yang menjadi tumpuan pelancong asing, kebakaran yang berlaku itu akan menyebabkan mereka tidak selesa," katanya.

Katanya setakat ini, pihaknya telah menempatkan 30 anggota dan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dalam menyalurkan bekalan air yang mencukupi untuk kedua-dua kawasan yang mengalami kebakaran. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: El-Nino , Azmi Osman , bomba , Beris Lalang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan