Warga Emas Cedera Parah Ditetak Di Kepala - Berita Jenayah | mStar

Warga Emas Cedera Parah Ditetak Di Kepala

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang warga emas ditemui dalam keadaan cedera parah dengan kesan tetakan di kepala berhampiran Menara Jam Besar di kawasan Tanjung Chali di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa M Perumal, 78, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepala hasil maklumat orang awam kira-kira pukul 7.45 pagi Ahad.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut dan doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa telah dipukul dan ditetak menggunakan objek tajam dan panjang. 

"Mangsa yang dipercayai bekerja sebagai ceti tidak dapat memberi keterangan kerana masih berada dalam keadaan tidak sedar. Punca kejadian sedang disiasat dan kita dapati tiada sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran," katanya dalam kenyataan Ahad. 

Adzaman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. --Bernama



Tags / Kata Kunci: Tanjung Chali , Kota Setar , M.Perumal
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan