78 Warga Asing Antara Ditahan Dalam Op Noda - Berita Jenayah | mStar

78 Warga Asing Antara Ditahan Dalam Op Noda

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 8:36 PM

Seramai 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Operasi Noda di sebuah pusat hiburan di George Town. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Polis menahan 126 individu termasuk 78 wanita warga asing dalam serbuan Op Noda yang dilaksanakan diseluruh negara pada Sabtu malam.

Ketua Penolong Pengarah Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Datuk Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, seramai 16 lelaki warga asing dan 32 lelaki warga tempatan ditahan dalam 14 serbuan yang bermula12 tengah malam.

Mereka berumur antara 21 dan 44 tahun dan ditahan dalam serbuan di premis pusat hiburan, rumah urut dan hotel di sekitar ibu negara, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Sabah, katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat premis yang diserbu itu tidak berlesen dan seramai empat warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Dalam pada itu, Roslee berkata polis menahan 29 warga tempatan berumur 19 hingga 60 tahun yang terdiri daripada penjaga dan pengunjung premis pusat perjudian dalam 20 serbuan Op Dadu di seluruh negara pada Sabtu.

Operasi 24 jam itu melibatkan 17 serbuan di sekitar Selangor, dua serbuan di Johor dan selebihnya di Sarawak.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2,503 dan 233 mesin perjudian dalam serbuan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaunTwitter berkata serbuan itu dilakukan oleh Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG).

"Syabas lagi STAGG gempur maksiat di Johor/Selangor/Kuala Lumpur/PulauPinang/Perak/Sabah tangkap 126 tukang urut dan GRO. #GoPDRMGo.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi di Selangor/Johor/Sarawak tangkap 29 orgdan rampas 233 comp. #GoPDRMGo," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Op Noda , PDRM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan