Seorang Maut, Tiga Cedera Kereta Jatuh Gaung Di Yan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 2:12 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang wanita maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Tanjung Jaga, Yan petang Khamis.


Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata kejadian berlaku pukul 5.15 petang ketika empat sekeluarga itu, yang menaiki Perodua Viva, dalam perjalanan pulang ke Merbok, Sungai Petani selepas menghadiri kenduri di Bukit Besar, Kulim.


Mangsa yang maut ialah penumpang kereta Aishah Man, 72, manakala pemandu yang juga anak Aishah, Zainol Ahmad, 46, serta isterinya Siti Hajjar Abdul Rashid, 36, mengalami cedera parah.


Anak saudara kepada Siti Hajjar, Mohamad Thuha Zainudin, 2, turut mengalami kecederaan.


"Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Zainol dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung dan menyebabkan kereta mengalami kerosakan teruk," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tags / Kata Kunci: jatuh gaung , kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan