Mayat Penuntut UMT Lemas Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Pantai Tok Jembal petang Rabu, ditemukan mati lemas di kawasan pantai itu pada Khamis.

Mayat Isa Bassri Ishak, 21, ditemukan terapung kira-kira pukul 2.30 petang  pada jarak satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang pada 6.30 petang semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Balai dan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini untuk bedah siasat.

Katanya operasi mencari pelajar itu membabit 74 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Operasi pencarian juga dibantu unit skuba ... sebelum mengesan mayat mangsa yang terapung tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan hilang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Rabu, pelajar jurusan Pengurusan Maritim itu hilang selepas dipukul ombak ketika mandi-manda di pantai itu manakala seorang lagi rakannya, Mohamad Nazri berjaya diselamatkan orang ramai.

Tags / Kata Kunci: Universiti Malays

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan