Warga Emas Ditemui Mati Ditikam

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di tepi jalan raya berhampiran rumah pangsa di Jalan Hospital di sini, pada Rabu akibat ditikam.

Mangsa Loo Chee Man, 61, ditemui dalam keadaan tertiarap dan terdapat enam kesan tikaman di badannya oleh orang awam kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa dipercayai ditikam oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran.

"Mangsa cuba melarikan diri tetapi rebah di kawasan tempat letak kereta kira-kira 15 meter dari kawasan tangga manakala suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.

Ng berkata motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang kerana keluarga mangsa memaklumkan bahawa suspek dipercayai berhutang dengan mangsa.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan