Dua Lelaki Berputih Mata Lembu Dicuri Rentung Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 6:00 PM

Seekor lembu percayai dicuri dijumpai rentung dalam sebuah kereta suspek yang terbabas dan terbakar selepas melarikan diri dikejar polis di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Bukit Kenak, Besut kira-kira jam 3.40 pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Dua lelaki yang disyaki mencuri seekor lembu berputih mata apabila kereta yang mereka naiki untuk melarikan haiwan itu terbakar secara tiba-tiba dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Bukit Kenak di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah berkata lembu yang dilarikan mereka juga hangus terbakar akibar akibat terperangkap dalam kereta berkenaan.

Khaled berkata sebelum kejadian, dua lelaki berkenaan telah dikesan oleh anggota polis ronda MPV Besut ketika sedang membawa seekor lembu di dalam kereta jenis Nissan Cefiro pada pukul 3.40 pagi di kampung Jabi dekat Jerteh.

Katanya, apabila mereka menyedari diekori pihak polis pemandu kereta itu  mula memecut kenderaan ke arah Jerteh.

"Apabila tiba di Kampung Bukit Kenak, kenderaan suspek telah terbabas dan terbakar di tepi jalan kira-kira dua kilometer dari bandar Jerteh sebelum kedua suspek bertindak melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) kemudian memadam kereta yang terbakar dan setelah api berjaya dipadamkan mereka menemui bangkai lembu yang telah hangus dalam kereta itu, katanya.

"Pihak polis kemudian berjaya menahan salah seorang suspek yang berumur 48 tahun, dipercayai berasal dari Machang, Kelantan, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan supek telah bertindak agresif terhadap anggota polis sebelum berjaya ditangkap.

"Akibat tindakannya itu dia mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Besut dalam kawalan polis bagi mendapatkan rawatan," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: lembu , Kampung Bukit Kenak , Khaled Che Lah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan