Tukang Masak Ditahan Dipercayai Dera Anak Hingga Maut

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang tukang masak ditahan kerana dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga kritikal sebelum meninggal dunia, ketika mendapatkan rawatan di hospital, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitendan Rahmat Othman berkata mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dengan ambulans kira-kira 10 malam, 7 Mac lepas.

"Bapa mangsa memaklumkan anaknya jatuh di tandas dan tidak sedarkan diri serta mengalami sawan tiga kali.

"Bagaimanapun, petugas hospital yang membuat pemeriksaan awal mendapati ada kesan cucuhan api rokok di badan mangsa dan kesan lebam di kepala. 

"Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi rawatan lanjut kerana keadaan mangsa yang agak kritikal," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira 2.30 petang pada 11 Mac,  kata Rahmat. 

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan ke atas mangsa dan satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata keterangan awal daripada doktor pakar kanak-kanak di HSI mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta kesan lebam pada gusi sebelah kiri.

"Terdapat juga kesan lebam dan kesan dirotan pada badan mangsa. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah "Acute traumatic subdural haemorrhages", pendarahan dalam selaput otak dan berlaku juga pendarahan pada mata," kata Rahmat.

Bagaimanapun, doktor belum dapat mengesahkan sama ada pendarahan yang dialami berpunca akibat dipukul atau tidak, katanya.

Susulan itu, beliau berkata polis daerah Kota Tinggi menahan bapa mangsa berusia 36 tahun pada hari yang sama.

"Suspek direman dari 7 Mac sehingga semalam (14 Mac) untuk membantu siasatan. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," kata Rahmat.

Pada masa ini, beliau berkata polis masih menunggu laporan penuh daripada doktor pakar berhubung punca kematian kanak-kanak itu untuk tindakan lanjut.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan