50 Termasuk Datuk Disiasat Kes Seleweng Baik Pulih Rumah Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebanyak 50 individu termasuk seorang berpangkat datuk dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan membaiki pulih rumah mangsa banjir di Kelantan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban berkata, siasatan itu berkaitan peruntukan sebanyak RM880,000 untuk membaiki 441 buah rumah mangsa banjir di Tanah Merah.

"Daripada siasatan yang dibuat bermula 14 Feb lepas, kami dapati seramai enam kontraktor dan sembilan sub kontraktor yang dipertanggungjawabkan membaiki rumah berkenaan hanya menggunakan sebanyak RM550,000 daripada peruntukan manakala selebihnya disyaki diselewengkan pihak ketiga," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugasnya sebagai Pengarah SPRM Kelantan kepada Datuk Moh Samsudin Yusof yang sebelum ini Pengarah SPRM Putrajaya.

Abd Aziz pula menggantikan Moh Samsudin sebagai Pengarah SPRM Putrajaya. Abd Aziz berkata, SPRM Kelantan kini dalam peringkat akhir siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Moh Samsudin yang pernah bertugas di Kelantan pada 1995 hingga 1999 berkata, beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan Abd Aziz bagi membanteras jenayah rasuah di Kelantan dan memperkasakan lagi kerjasama dengan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan berkaitan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan