Sindiket Edar Dadah Terbesar Tumpas, 1.2 Tan Ganja Bernilai RM4.2 Juta Dirampas

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 5:21 PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan ketulan mampat ganja pada sidang media mengenai rampasan dadah jenis ganja terbesar dalam sejarah Malaysia di Bukit Aman, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah terbesar di Malaysia tahun ini dengan merampas ganja seberat 1.2 tan bernilai RM4.2 juta di dua lokasi di Selangor dan Kedah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam serbuan Sabtu lepas itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun turut diberkas. 

"Serbuan yang dilakukan pada 3 petang oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) itu telah berjaya menahan kereta suspek di Subang Jaya dan pemeriksaan mendapati sebanyak 160 ketulan mampat ganja berada dalam kereta berkenaan.

Selain itu, polis menemui 200 lagi ketulan mampat ganja yang disimpan di sebuah rumah di Subang Jaya setelah suspek membawa polis ke rumah itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Selasa.

Hasil maklumat yang diberikan suspek, membawa kepada sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah, yang dijadikan stor penyimpanan barang terlarang itu dan merampas 843 ketulan mampat ganja.

"Kita membuat serbuan pada 1.40 pagi, Ahad lepas sejurus mendapat maklumat mengenai stor itu," katanya.

Mohd Mokhtar berkata dadah itu dipercayai dibawa masuk melalui jalan laut dari negara jiran, Thailand untuk pasaran tempatan bagi tempoh setahun.

"Mengikut rekod PDRM, sepanjang tahun lepas sebanyak 1,290 kg ganja berjaya dirampas dan sehingga 15 Mac tahun ini, kita berjaya merampas sebanyak 1,477 kg ganja. Ini merupakan rampasan terbesar bagi dadah jenis ganja ini," katanya.

Katanya suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan