Polis Tahan Suspek Bersama Ganja 1,190KG - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Suspek Bersama Ganja 1,190KG

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 1:53 PM

gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dan merampas 1,208 keping ganja seberat 1,190 kilogram di Selangor dan Kedah.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan di akaun Twitter beliau pada Ahad.

Khalid berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman.

"Tahniah kepada STING@PDRMsia, serbuan di Subang Jaya dan Merbok, Sungai Petani (Kedah), tahan seorang dan rampas 1,208 keping ganja seberat 1.19 tan (1,190 kg) #GoPDRMGo," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ganja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan