S'jaya Tinggi Malaysia Uruskan Penghantaran Pulang Jenazah Wartawan

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 2:49 PM

Santhiran

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bagi  urusan membawa pulang jenazah pewarta luar negaranya di India yang meninggal dunia akibat komplikasi organ pada Sabtu malam.

Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang berkata setakat ini segala persiapan dan proses sedang dilakukan untuk membawa pulang mayat mendiang M. Santhiran, 48, ke tanah air secepat mungkin.

"Bahagian Sumber Manusia Bernama telah dimaklumkan untuk memberikan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India bagi melancarkan proses penghantaran pulang itu," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Mendiang meninggal dunia di Hospital Primus Chanakyapuri, New Delhi pukul 11.40 malam (waktu Malaysia pukul 2.10 pagi) setelah mengalami beberapa komplikasi organ.

Sementara itu, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan mendiang bukan sekadar seorang wartawan, tetapi seorang rakan karib.

"Kami kehilangan seorang wartawan mahkamah dan jenayah berwibawa (Santhiran pernah bertugas sebagai wartawan untuk liputan berita jenayah dan mahkamah), kami amat sedih dan masih terkejut," katanya.

Mendiang meninggalkan isteri, Malarvili a/p Dorasamy, 47, dan dua anak lelaki S. Rutran, 18, dan S. Nahvin, 16 tahun.

Difahamkan mayat mendiang akan disemadikan di Puchong, Selangor.

Santhiran menyertai Bernama pada Oktober 2002 dan bertugas sebagai pewarta luar negara di India bermula 1 Feb 2015.

Tags / Kata Kunci: India , Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan