Lelaki Dibunuh Di Hotel Bajet

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah hotel bajet di Damansara Damai di sini, Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa berusia 39 tahun yang berasal dari Semenyih, Selangor ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik hotel berkenaan oleh seorang pekerja hotel.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata siasatan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.

"Mangsa dipercayai dipukul di kepala dan kami akan teliti rakaman kamera litar tertutup di hotel ini untuk mengesan suspek," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, lewat malam tadi.

Beliau berkata mangsa menginap di hotel berkenaan sejak Isnin lepas, bersama lima rakannya yang dipercayai warga tempatan.

"Kami sedang mengesan semua rakan mangsa bagi membantu siasatan dan motif kejadian masih disiasat. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Damansara Damai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan