Polis Tahan Remaja 17 Tahun, 13 Motosikal Curi

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan berhubung kes kecurian 26 buah motosikal yang dilaporkan di tanah besar dan di Kulim, Kedah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, remaja terbabit, yang merupakan sebahagian daripada empat anggota Geng Faris, ditahan di rumahnya di Bandar Tasek Mutiara Jumaat lepas.

"Dia kemudian membawa kita kepada penemuan 13 motosikal curi yang tersembunyi di pelbagai lokasi. Motosikal-motosikal itu telah 'dileraikan' dan bahagian-bahagiannya telah dijual.

"Dia juga didapati positif dalam penyalahgunaan dadah. Kami kini sedang mencari tiga lagi rakannya yang berusia antara 16 dan 21 tahun yang telah pun dikenal pasti, " katanya pada sidang akhbar.

Hassan berkata Geng Faris aktif sejak lima tahun yang lalu.
Tags / Kata Kunci: curi motosikal , Wan Hassan Wan Ahmad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan