Individu Serang Polis Maut Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang individu yang melepaskan tembakan kepada anggota polis maut ditembak di Taman Rakyat, Mergong awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihak polis kemudiannya menemui sebutir bom tangan, sepucuk pistol jenis Smith  and  Wesson dan pelbagai jenis dadah dalam kenderaan Honda Civic berwarna putih yang dipandunya.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 pagi apabila anggota polis terserempak dengan kenderaan itu yang mencurigakan di persimpangan lampu isyarat berdekatan Bank Rakyat.

Pihak polis telah meminta lelaki itu memberhentikan kenderaannya tetapi dia terus memecut, katanya.

"Suspek turut melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis yang dibalas pihak polis. Kenderaan suspek kemudiannya terbabas dan merempuh sebatang pokok di hadapan sebuah masjid.

"Suspek kemudiannya didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan," katanya ditempat kejadian.

Abd Jalil berkata pihaknya tidak menemui sebarang identiti pada suspek.
Tags / Kata Kunci: serang polis , Datuk Abd Jalil Hassan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan