Wanita OKU Maut Dalam Kebakaran Di Gombak

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 9:21 PM

Anggota polis serta Bomba dan Penyelamat melakukan siasatan berhubung kejadian kebakaran dua buah rumah di Jalan Gombak, Batu 6 1/2 pagi Khamis. Kebakaran itu mengorbankan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Leni Marlina Syaril, 39. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) maut dalam satu kebakaran melibatkan dua buah rumah di Batu 6, Gombak dekat sini pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, mangsa, Leni Marlina Syaril, 39, ditemukan di dalam bilik air salah sebuah rumah tersebut.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada 8.49 pagi daripada orang awam dan seramai 30 anggota dari Balai Bomba Selayang serta Balai Bomba Gombak Selatan bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba 11 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, sebuah rumah telah hangus terbakar manakala sebuah rumah lagi terbakar hampir 50 peratus dan bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran kira-kira sejam kemudian," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, seorang penghuni di sebuah lagi rumah sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, ibu mangsa, Asnidar Sutan Sulaiman, 63, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana dalam perjalanan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kerana penyakit kencing manis.

"Saya mendapat panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar lalu bergegas pulang ke rumah," katanya yang terkejut melihat keadaan rumah dan anaknya yang terbakar dijilat api.

Ibu tunggal itu berkata, beliau reda dengan kehilangan anak ketiganya yang mengalami masalah sindrom down itu.

Katanya, Lini Marlina merupakan seorang anak yang mendengar cakap dan sangat rapat dengannya.

Asnidar berkata, hanya mereka berdua tinggal di rumah sewa itu manakala tiga lagi anaknya tinggal berasingan kerana sudah berkeluarga. 

Dalam pada itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Yusmanto, 34, berkata, dia cuba membantu menyelamatkan mangsa namun gagal kerana api sangat marak.

"Masa itu saya terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari dalam rumah sebanyak tiga kali dan terus berlari ke arah rumah itu untuk membantu tetapi keadaan bertambah buruk dan menyukarkan saya," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Asnidar yang juga penerima asnaf akan ditempatkan sementara di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kerdas Gombak. 

Katanya, pihaknya telah menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM500 dan barang keperluan asas selain kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh pihak masjid. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan