Rampas 25Kg Ketamin, Dua Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 9:41 AM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis merampas 25 kilogram dadah jenis ketamin dan menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah hotel bajet di TanjongTokong pada Isnin.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dalam serbuan yang dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman kira-kira pukul 4 petang.

Menurut sumber kedua-dua lelaki itu dipercayai baru tiba di negeri ini dan merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

"Dadah bernilai kira-kira RM500,000 yang disembunyikan dalam sebuah beg itu ditemui dalam bilik penginapan mereka," kata sumber itu lagi.

Turut dirampas sebuah motosikal dan kereta milik dua lelaki terbabit.

Sumber itu juga berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan menjadikan hotel bajet di sekitar negeri ini sebagai tempat menjalankan aktiviti pengedaran dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sidang akhbar mengenai rampasan dadah itu dijangka diadakan dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya turut mengucapkan syabas kepada STING kerana kejayaan merampas dadah dan menahan dua suspek itu.

"Syabas lagi STING PdrMSia petang tadi tangkap dua orang dan rampas 25kg ketamine di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. GoPDRMgo," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ketamin , 25 kilogram

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan