Empat Warga Sri Lanka Ditahan Terlibat Sindiket Palsu Pasport Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 8:51 PM

Sakib Kusmi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan empat warga Sri Lanka yang disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata sindiket itu berjaya dilumpuhkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan dokumen di sekitar bangunan Satelit KLIA.

"Kita berjaya mengesan dua lelaki warga Sri Lanka yang dijangka berlepas ke Amsterdam, Belanda yang mengemukakan pasport Malaysia yang dipercayai palsu.

"Pemeriksaan lanjut, kita menemui dua pasport Sri Lanka sebenar kepunyaan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sakib berkata kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa atas pasport Sri Lanka dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) kerana menggunakan dokumen perjalanan yang dipalsukan.

Susulan tangkapan itu, Jabatan Imigresen menahan dua lagi individu warga Sri Lanka yang dipercayai bertindak sebagai ejen sindiket pemalsuan berkenaan di Aras 5, KLIA pada hari yang sama.

"Hasil pemeriksaan, suspek tidak mempunyai dokumen yang sah dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana disyaki bersubahat dengan rangkaian sindiket.

"Dengan penahanan warga Sri Lanka ini, ia akan membuka jalan kepada usaha mengesan dalang sebenar sindiket pemalsuan pasport Malaysia, sekali gus dapat membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pasport , Jabatan Imigresen , Sakib Kusmi

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan