Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Ketika Mandi Sungai

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 10:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Dua murid sekolah rendah yang mandi di sebuah sungai di Felda Sg Kelamah, Gemas dekat sini, ditemui mati lemas oleh penduduk kampung yang datang untuk menyelamatkan mereka.

Muhammad Ashmik Zafir Md Zahid dan Muhammad Firman Radhi masing-masing berusia 11 tahun pergi ke sungai tersebut bersama beberapa rakan sekolah yang lain.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata beberapa rakan mangsa tidak dapat mencari mereka dan berlari mendapatkan bantuan daripada penduduk berhampiran.

"Penduduk kampung bergegas ke kawasan sungai dan berjaya menarik kedua-dua mangsa ke tebing sungai tetapi mereka sudahpun meninggal dunia," katanya.

Wooi berkata mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: mati lemas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan