Dendam Punca Pemuda Amuk Di Balai Polis

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis tidak menolak kemungkinan unsur dendam dan tidak berpuas hati antara punca seorang pemuda mengamuk dan menyerang anggota di Balai Polis Bukit Payong, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek yang berusia 30 tahun itu pernah datang ke balai berkenaan bagi membantu rakannya berhubung rampasan senapang angin awal tahun ini.

Katanya ketika itu suspek juga bertindak merakam gambar barang kes secara curi di dalam balai dan perbuatan tersebut disedari pegawai penyiasat dan telah meminta suspek memadamkan gambar yang dirakam menerusi telefon bimbitnya.

"Setelah ditegur, lelaki berkenaan terus naik berang dan membuat kecoh dengan anggota di balai tersebut.

"Hasil siasatan awal kita percaya rentetan insiden itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan menyimpan dendam," katanya.

Pada Isnin, seorang lelaki dilapor mengamuk dan menyerang anggota di balai berkenaan selepas permintaannya untuk tidur di situ tidak dilayan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu suspek yang berasal dari Bukit Payong datang bersama seorang rakannya dengan meminta kebenaran untuk tidur di balai kerana mendakwa nyawanya terancam.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 7.30 pagi pada hari yang sama, suspek bersama empat lagi rakannya yang bersenjatakan sebilah parang sepanjang satu meter kembali ke balai berkenaan dan bertindak memaki dan mengajak sepasukan polis bertumbuk.

Wan Abd Aziz berkata ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak pernah menunjukkan sikap pelik dan agresif.

"Suspek utama sahaja yang bertindak agresif dengan memaki hamun polis manakala empat rakannya hanya mengikut...namun kita masih siasat motif utama suspek bertindak sedemikian," katanya.

Kesemua suspek yang berusia 23 hingga 41 tahun itu ditahan reman hingga 10 Mac ini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dendam , amuk , balai polis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan