Cubaan Seludup Tiga Wanita Mengandung Gagal

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 4:00 PM

Seramai 39 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) termasuk lapan wanita ditahan oleh sepasukan Polis Marin ketika cuba menyeludup keluar dari perairan Tanjong Karang ke Tanjung Balai, Indonesia di Markas Operasi Polis Marin Pelabuhan Klang, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Tiga wanita mengandung sanggup bergadai nyawa berhimpit-himpit di dalam sebuah bot pom-pom bersama 36 warga Indonesia yang lain untuk keluar dari negara ini secara haram.

Bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang di perairan Tanjong Karang dekat sini dalam operasi pukul 3.30 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superitendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, selain tiga wanita terbabit, lima lagi wanita serta 31 lelaki termasuk seorang tekong dan dua awak-awak turut ditangkap.

"Ketika ditahan, bot pom-pom atau bot pukat hanyut berkenaan sedang dalam perjalanan dari sebuah jeti di Tanjong Karang menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Kami telah jalankan risikan kira-kira seminggu lepas hasil maklumat orang awam. Siasatan mendapati mereka dipercayai akan ditransit di tengah laut untuk menaiki bot lain sebelum sampai ke destinasi mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ahmad Shafiki berkata, ada antara penumpang bot yang berumur 20 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ada antara mereka didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya tekong dan awak-awak berumur lingkungan 29 hingga 49 tahun itu pula merupakan pendatang asing tanpa izin dan disyaki masuk ke negara ini untuk menyeludup keluar warga Indonesia terbabit.

Ahmad Shafiki berkata kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam pada itu, beliau berkata PPM Pelabuhan Klang berjaya mematahkan 191 kes pelbagai kesalahan maritim sepanjang tahun lepas.

Tambah Ahmad Shafiki, pihaknya turut menggagalkan 10 kes penyeludupan migran pada tahun 2015 dan kes hari ini merupakan tangkapan pertama dalam tempoh dua bulan tahun ini.

"Kami akan terus meningkatkan operasi memantau perairan negara dalam mengekang sebarang pelakuan jenayah rentas sempadan.

"Malah orang ramai juga disaran menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu kami membendung kegiatan haram seperti ini," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: polis marin , Tanjong Karang , bot pom-pom

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan