Polis Soal Siasat Nurul Izzah Berhubung Gambar PM

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 6:17 PM

Nurul Izzah ditemani Tian Chua dan peguam Michelle Yesudas.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menyoal siasat Nurul Izzah Anwar berhubung satu gambar karikatur menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipanggil supaya hadir ke Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya pada Isnin berkaitan gambar tersebut.

Peguam Michelle Yesudas berkata Nurul Izzah mempunyai hak untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditanya polis.

Beliau berkata Nurul Izzah disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana gagal menggunakan kemudahan rangkaian dengan sewajarnya.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR didakwa memuat naik gambar tersebut pada Februari.

"Hari ini (Isnin) adalah hari pertama persidangan Parlimen dan saya dimaklumkan bahawa (Setiausaha Agung PKR) Rafizi (Ramli) turut disiasat berkaitan perkara lain," katanya kepada pemberita di luar perkarangan ibu pejabat polis itu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menemani Nurul Izzah ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Zani Che Din berkata kenyataan Nurul Izzah direkodkan oleh pegawai polis dari Bukit Aman.

Nurul Izzah adalah individu kedua yang disoal siasat berhubung lakaran kontroversi selepas aktivis Fahmi Reza yang turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk direkodkan keterangannya pada Ahad.


Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , lakaran , karikatur

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan