Polis Tahan Pengedar Dadah, Rampas Pistol

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Polis menahan seorang lelaki warganegara Indonesia dan merampas sepucuk pistol berserta tujuh butir peluru dalam satu serbuan di Ladang Morisem 5, dekat sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Sukau semasa membuat pemeriksaan di kawasan semak di ladang berkenaan yang disyaki menjadi tempat menghisap dadah pada kira-kira 3.15 petang.

Katanya ketika pemeriksaan, polis menjumpai satu beg sandang warna hitam mengandungi sepucuk pistol Colt 45 jenama Springfeild Armour berserta satu kelopak berisi tujuh butir peluru hidup.

Lelaki berkenaan yang disyaki pengedar dadah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kinabatangan, katanya.

Dia ditahan reman untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif memiliki senjata api itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan