Tiada Kebocoran Gas Di Kawasan Gerai Makanan Di Siputeh - Bomba

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 2:57 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (kanan) memeriksa kesihatan K. Mariamah, 30, (terbaring) yang mengalami muntah dan sakit perut akibat keracunan makanan di Hospital Batu Gajah (HBG) pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada kebocoran gas dikesan berlaku di kawasan sekitar sebuah gerai makanan di Siputeh, Batu Gajah yang menjual makanan dipercayai tercemar dengan bahan kimia jenis Organo Fosfat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengadu terhidu bau gas yang amat kuat di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.40 malam Jumaat.

Katanya sembilan anggota serta dua pegawai dari Pasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) Balai Bomba Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

"Sebaik sampai ke lokasi berkenaan, pihak bomba mendapati tiada bau gas.

Pengesanan kebocoran gas menggunakan alat khas juga tidak menjumpai sebarang sumber gas bocor," katanya.

Berikutan itu, pihak bomba memperluaskan kawasan operasi dalam lingkungan 10 kilometer yang turut meliputi sebuah kilang bateri, ladang serta kawasan perindustrian di Bemban tetapi tetap tidak mengesan sebarang kebocoran gas dan operasi ditamatkan pukul 3.16 pagi Sabtu.

Setakat Jumaat, 37 orang terdiri daripada 30 lelaki dan tujuh wanita berumur lingkungan dua hingga 71 tahun dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) kerana mengalami muntah dan cirit birit dipercayai keracunan makanan.

Dua puluh empat daripada mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari yang sama, sembilan masih menerima rawatan di HBG, manakala empat disahkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kebocoran gas , Siputeh , Organo Fosfat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan