Tujuh Hamba Seks Warga China, Vietnam Diselamatkan Di Jalan Imbi

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 3:14 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh wanita warga asing yang dijadikan hamba seks diselamatkan dalam serbuan oleh pasukan polis di sebuah pusat hiburan dekat Jalan Palmer, Jalan Imbi di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mangsa yang terdiri daripada enam wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur 25 hingga 35 tahun itu diselamatkan selepas empat anggota polis menyamar sebagai pelanggan di premis itu pada kira-kira 1 pagi tadi.

"Seorang daripada anggota polis yang menyamar di pusat hiburan itu telah ditawarkan perkhidmatan seks oleh seorang wanita warga asing di bilik bernombor 503 selepas setengah jam berada di lokasi itu. 

"Susulan itu, pasukan polis termasuk anggota unit D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur melakukan serbuan dan menemui dua wanita dalam bilik berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya, pemeriksaan di bilik lain turut menemui enam lagi wanita warga asing yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks. 

Zainuddin berkata pihaknya telah menahan pengurus premis, seorang lelaki berusia 47 tahun bersama wanita berusia 61 tahun dikenali sebagai 'Mummy'.

Polis turut memeriksa seramai 81 lelaki dan 24 perempuan tempatan yang merupakan pelanggan di premis terbabit dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Beliau berkata tiga pekerja tempatan dibawa ke pejabat untuk rakaman percakapan sebagai saksi polis.

Sebelas lelaki iaitu pengunjung dan sembilan wanita dibawa untuk ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki daripada mereka positif dadah, katanya. 

Polis akan memohon perintah perlindungan sementara (IPO) kepada mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Zainuddin Ahmad , Jalan Palmer , D7 , Mummy

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan