47 Rakyat Malaysia Terlibat Militan Daesh - Mohamad Fuzi

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan kumpulan militan Daesh setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 30 daripadanya adalah lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak.

"Kesemua mereka merupakan antara 72 individu yang terlibat dengan Daesh sebelum ini," katanya.

Menurut Mohamad Fuzi daripada 72 individu itu, seramai 18 orang dilaporkan terkorban ketika menyertai Daesh di Syria manakala tujuh lagi maut kerana terlibat sebagai pengebom bunuh diri pada tahun lepas.

Katanya beberapa individu terlibat dengan kegiatan tersebut telah ditahan dan dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau berkata PDRM mengambil pelbagai langkah mengekang penyebaran fahaman itu di negara ini dengan mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Interpol bagi mengawal pintu masuk negara.

"Sekiranya mereka (pengganas Daesh) balik ke negara asal melalui KLIA, mereka akan ditahan serta-merta dan jika mereka balik melalui jalan lain, PDRM mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengesan mereka," katanya.

Beliau berkata PDRM yang mempunyai profil dan butiran keluarga suspek sentiasa memantau mereka secara dekat.

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berkata masih ramai lagi rakyat negara ini terutama golongan yang tinggal di luar bandar kurang diberi pendedahan mengenai ancaman Daesh.

"Kerajaan harus memainkan peranan mendekati mereka ini dengan turun padang dan menjayakan program taklimat atau memberi motivasi bagi mendedahkan mereka terhadap ancaman Daesh," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: daesh , Malaysia , PDRM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan