Suri Rumah Rentung Dalam Kebakaran Di Tanjong Karang

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 2:33 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Seorang suri rumah rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong di sini, pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata mayat Khalijah Yahya, 55, yang rentung hampir 80 peratus itu ditemui di bahagian tengah rumah.

"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan rumah itu kira-kira pukul 10.01 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah jenis kelas B itu...kami menemui mayat mangsa selepas api dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.54 pagi.

Mayat Khalijah telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: rentung , kebakaran

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan