Pelajar Lemas Selepas Ambil Keputusan SPM

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 lemas di kawasan rekreasi air terjun Lata Tembakah, Hulu Besut kira-kira 4.30 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mangsa yang dikenali sebagai Chork Chai Eh Di, 18, dari Kampung Sedar, Tumpat itu dikatakan pergi ke kawasan air terjun berkenaan bersama empat rakannya untuk mandi-manda selepas mengambil keputusan SPM.

Beliau berkata ketika sedang meniti sebuah batu besar di kawasan air terjun berkenaan, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, tergelincir dan jatuh ke dalam satu lubuk di kawasan air terjun tersebut.

"Rakan mangsa telah meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada di kawasan itu dan membantu mengeluarkannya dari dalam air," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, mangsa didapati telah meninggal dunia apabila dibawa naik oleh orang ramai dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarganya.
Tags / Kata Kunci: keputusan SPM , pelajar lemas

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan