'Otai' Ditahan Bersama Dadah Bernilai Lebih RM30,000 Di Ladang Kelapa Sawit

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Polis menahan seorang lelaki warga emas bersama dadah bernilai lebih RM30,000 dalam satu serbuan di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Sungai Klau, di sini petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ketika tangkapan dibuat pada pukul 6.20 petang, suspek yang berumur 64 tahun itu berada dalam keadaan khayal.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis telah menjumpai beg kain dan satu tin biskut yang berisi beberapa peket dadah iaitu 393.96 gram heroin dan 60.26 gram ganja," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk buku akaun bank yang mempunyai baki lebih RM90,000.

Katanya siasatan awal mendapati suspek telah terlibat lebih 40 tahun dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan mempunyai mempunyai 10 rekod kes jenayah lampau termasuk kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Mohd Zahari berkata suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags / Kata Kunci: Otai , kes dadah , Wan Mohd Zahari Wan Busu

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan