Kastam KLIA Rampas Gading Gajah Bernilai RM1.5 JUTA

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup gading gajah seberat 159 kilogram (kg) bernilai RM1.5 juta dan menahan dua warga Vietnam pada Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim berkata dua lelaki berusia 41 dan 25 tahun itu ditahan selepas tiba di KLIA kira-kira 6 petang apabila pemeriksaan terhadap empat bagasi milik mereka menemui 18 batang gading gajah dengan berat kasar 101 kg bernilai RM1.01 juta tersorok di dalamnya.

Gading gajah itu dirampas mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 di mana ia adalah barang larangan import ke Malaysia kecuali memperoleh permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), katanya.

Chik Omar dalam sidang media di sini hari ini berkata siasatan awal mendapati suspek datang ke Malaysia menerusi penerbangan dari Luanda (Angola)- Addis Ababa (Eutopia)-Kuala Lumpur.

"Lelaki 41 tahun itu sudah tiga kali memasuki negara ini manakala rakannya pula baharu kali pertama," katanya.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari mengikut Sek. 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan tanpa permit di bawah Perintah Larangan Import 2012, Jadual Ketiga Bahagian III.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda dari nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Chik Omar berkata pada 9 malam hari yang sama (Jumaat), JDKM KLIA turut merampas lima lagi gading gajah dan tujuh bungkusan gading separa proses seberat 58 kg bernilai RM580,000 daripada dua bagasi transit ke Hanoi.

Katanya bagasi itu didaftarkan atas nama seorang penumpang lelaki warga Vietnam yang mendaftar masuk di Addis Ababa menuju Hanoi.

Katanya pihaknya kini sedang mengiatkan usaha mengesan pemilik bagasi itu.

"Kita percaya kesemua mereka mempunyai kaitan berdasarkan modus operandi dan jenis bagasi yang digunakan serta Vietnam sebagai destinasi akhir bagasi," katanya.

Chik Omar berkata gading itu dipercayai diseludup untuk tujuan perhiasan, atau dijadikan ukiran patung dan alatan sembahyang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang wanita tempatan ditahan pasukan narkotik Kastam susulan penemuan dadah jenis syabu seberat 850 gram bernilai RM95,370 dalam parcel miliknya di pusat Mel dan Kurier KLIA, Isnin lepas.

Dadah tersebut ditemui tersorok di dalam alat ganti kenderaan di dalam parcel itu, yang dipercaya berasal dari Nigeria, katanya.

Wanita berusia 37 tahun itu kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: KLIA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan