Suspek Kes Bunuh Simpang Pulai Direman

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang suspek kes bunuh remaja perempuan berumur 17 tahun di Ladang Sengat, Simpang Pulai pada Ahad lepas, direman tujuh hari mulai hari ini sehingga 6 Mac depan.

Perintah reman ke atas lelaki berumur 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Azrul Hasyimi di sini, Isnin.

Suspek, seorang pemandu lori, dipercayai teman lelaki S. Durga Devi, yang ditemukan mati di ruang tamu rumahnya pagi semalam dengan kesan kecederaan di muka.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada pukul 10.20 pagi dengan berbaju kemeja-T berwarna kelabu diiringi beberapa anggota polis.

Tags / Kata Kunci: Simpang Pulai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan