Mayat Reput Ditemui Di Pantai Baru, Setiu

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 10:18 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SETIU: Mayat hampir reput ditemui terdampar di pinggir Pantai Baru, Merang di sini berhampiran sebuah resort, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata mayat tanpa identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5.30 petang yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai mayuat berkenaan.

Katanya berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput itu pihaknya percaya mangsa telah mati dalam dalam tempoh lebih dua bulan.

"Hasil siasatan awal kita tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mayat tersebut dan kita tidak menolak kemungkinan mayat berkenaan milik seorang lelaki.

"Namun kita tidak dapat memastikan umur pada mayat berketinggian 5 kaki 5 inci (1.65m) itu ekoran mayat telah mereput,"katanya.

Menurutnya mayat berkenaan dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat.

Elias berkata setakat ini pihaknya juga tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat yang mula tinggal rangka itu.

"Setakat ini kita mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sehingga punca kematian dan laporan bedah siasat diperolehi,"katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: mayat , reput , pantai baru

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan